Urat Timbul Semasa Mengandung

urat kaki timbul ketika mengandung

Ada pendapat menyatakan masalah urat kaki timbul dan makin jelas kelihatan ketika hamil ini disebabkan faktor keturunan.

Sebahagian pendapat lain pula menyangkalnya kerana dipercayai hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan sedemikian.

Tidak kiralah mana satu pendapat yang benar, yang pastinya urat-urat kaki yang timbul itu lazimnya akan lebih ketara bilamana perut ibu kelihatan makin membesar.

Ini kerana rahim yang membesar kadangkala akan menekan urat utama yang mengalirkan darah ke bahagian bawah tubuh.

Justeru, apabila saluran urat menjadi sempit kerana ditekan, pengaliran darah akan menjadi perlahan dan menyebabkan darah berkumpul di bahagian yang tertekan. Bahkan, ia juga akan menyebabkan urat berkenaan bertambah tegang dan kelihatan timbul.

urat kaki timbul ketika mengandung

Walaupun tiada cara yang efektif untuk mengatasi masalah urat timbul ini secara seratus peratus, ada beberapa kaedah yang boleh diterapkan agar dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan.

  • Elakkan memakai stokin biasa pada paras buku lali yang boleh menyebabkan peredaran darah terhalang.
  • Sebaiknya pakai stokin yang dikhaskan untuk wanita mengandung.
    Sentiasa alas kaki dengan bantal ketika berbaring.
  • Pastikan kaki direhatkan pada kedudukan lebih tinggi ketika duduk.
  • Elakkan tabiat menyilang kaki. Putarkan kaki setelah beberapa ketika bagi membantu peredaran darah.
  • Amalkan senaman seperti berjalan dan berenang, yang sering disarankan untuk ibu mengandung.
  • Jangan berdiri pada satu posisi untuk satu tempoh yang lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *