Tips Kerja Outstation Ketika Mengandung

kerjaya ibu mengandung

Wanita hamil yang bekerja juga tidak lari daripada dinilai prestasi kerja masing-masing.

Namun perlu diingat, prestasi kerja wanita yang sedang hamil lazimnya tidak sama seperti saat sebelum kehamilan.

Akan tetapi ia bukanlah penghalang untuk seorang ibu hamil untuk tetap aktif menunjukkan prestasi kerja yang baik demi masa depan kerjaya yang diceburi.

kerjaya ibu mengandung

Biarpun dalam keadaan hamil, tidak salah bagi anda untuk menerima tugasan luar yang mana memerlukan anda ‘outstation’.

Namun, sebelum anda bersetuju dengan saranan yang diberikan oleh pihak atasan atau majikan anda perlulah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

kerja luar outstation ketika hamil

1.   Perlu mendapat kebenaran daripada doktor yang merawat anda bahawa keadaan (kondisi) kehamilan anda adalah selamat dan tidak berhadapan dengan sebarang komplikasi. Ini adalah penting sekiranya doktor ada mengesan komplikasi kesihatan sejak awal kehamilan lagi. Selain itu kebenaran doktor juga penting untuk ibu yang di peringkat akhir kehamilan.

2.   Dapatkan daripada doktor bekalan ubat-ubatan dan makanan tambahan atau supplemen sesuai yang mungkin diperlukan sepanjang berada dalam perjalanan dan semasa berada outstation.

3.   Jangan lupa untuk membawa ubat-ubatan peribadi misalnya vitamin, minyak angin dan sebagainya.

4.   Sentiasa bawa buku rekod kehamilan anda demi memudahkan anda merujuk ke hospital berdekatan sekiranya berlaku sesuatu terhadap anda dan kandungan anda.

5.   Jangan duduk terlalu lama dalam kenderaan. Jika berada dalam pesawat pilihlah tempat duduk yang berdekatan dengan tandas untuk memudahkan anda bergerak. Dan sekiranya berada di dalam kereta, usahakan untuk kerap berhenti untuk mendapatkan rehat yang mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *