Tanda Awal Wanita Mengandung

tanda-tanda mengandung

Seseorang wanita yang sedang mengandung ataupun berbadan dua lazimnya akan merasai satu atau lebih perubahan pada dirinya, sepertimana berikut:

1.    Tidak datang haid sepertimana kebiasaannya.

2.    Merasa loya dan muntah-muntah, terutamanya pada sebelah pagi.

3.    Rasa letih seluruh badan. Adakalanya rasa tidak sedap badan, suatu perasaan yang dirasakan lain daripada biasa.tanda mengandung

4.    Kerap membuang air kecil.

5.    Ada ketikanya tiba-tiba perasaan merasa runsing dan gelisah tidak menentu.

6.    Buah dada terasa sengal-sengal atau dirasakan bengkak.

7.    Mulut rasa payau dan rasa tidak enak.

8.    Hilang selera dan minat terhadap makanan/minuman yang biasanya sangat digemari.

9.    Tidak tahan atau alah kepada sesetengah bau atau wangian yang sebelum ini tidak pernah menimbulkan masalah.

10. Kerap terasa ingin ke tandas, namun biasanya rasa sukar untuk membuang air besar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *