Sembelit Ketika Hamil

sembelit ketika hamil

Kesukaran membuang air besar adalah gejala yang biasa dialami ibu hamil terutamanya pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Implikasi sembelit yang dialami menyebabkan sesetengah wanita hamil hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau mungkin juga hanya sekali seminggu.

Sembelit ketika hamil berpunca daripada peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan otot ke usus menjadi kurang efektif.

sembelit ketika hamil

Selain itu, pengambilan supplemen zat besi juga menyumbang kepada masalah ini malahan turut menyebabkan najis berwarna kehitaman. Namun, itu tidak bermakna ibu hamil harus menghentikan pengambilan supplemen tersebut. Biarpun ia adakalanya menjadi penyumbang kepada sembelit, pengambilan zat besi adalah penting untuk membawa oksigen di dalam darah sepanjang perkembangan kehamilan.

Justeru, cuba amalkan beberapa tips berikut bagi mengatasi masalah sembelit yang dihadapi:

1.    Amalkan minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari bagi membantu proses pencernaan dan melembutkan najis agar lebih mudah untuk membuang air besar.

2.    Banyakkan pengambilan makanan yang berserat tinggi seperti buah-buahan dan sayuran untuk membantu melancarkan proses pencernaan.

3.   Kerap melakukan aktiviti senaman ringan seperti berjalan kaki.

Sekiranya masih berhadapan kesukaran membuang air besar, ajukan masalah tersebut kepada doktor dengan segera mudah-mudahan mendapat konsultansi dari segi ubat-ubatan atau saranan lain yang dapat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *