Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

pedih ulu hati semasa mengandung

Ada wanita hamil yang mengalami heartburn atau pedih ulu hati semasa mengandung. Pedih ulu hati lazimnya menyebabkan ibu hamil berasa tidak selesa, rasa panas dan sakit menyucuk-nyucuk di bahagian ulu hati. Adakalanya kerongkong juga terasa panas seakan terbakar.

Walaupun kepedihan ulu hati memberi perasaan tidak selesa dan menyakitkan buat si ibu tetapi ia tidak mencederakan bayi dalam kandungan. Perubahan hormon semasa mengandung menyebabkan organ pencernaan makanan bekerja lebih lambat yang menjadi punca ramai ibu sering menghadapi masalah kembung perut dan menyumbang kepada terjadinya pedih ulu hati.

Pedih ulu hati berlaku apabila makanan dalam perut kembali ke kerongkong, asid perut turut naik yang menyebabkan kerongkong berasa seperti terbakar. Asid ini menjejaskan selaput lendir perut.

Gejala pedih ulu hati dikatakan menjadi lebih teruk apabila tempoh kehamilan bertambah. Antaranya termasuklah perut berasa sebu, kembung dan rasa seperti ingin muntah.

pedih ulu hati semasa mengandung

Sebagai panduan, berikut dikongsikan beberapa cara untuk mengatasi atau mengurangkan masalah pedih ulu hati:

  • amalkan makan secara perlahan-lahan dan elakkan mengunyah dan menelan makanan secara tergesa-gesa.
  • seboleh-bolehnya cuba elak makan sebelum tidur.
  • jauhkan atau elak daripada kesukaan mengambil minuman berkarbonat (air bergas).
  • elak memakai pakaian ketat, khususnya pada bahagian perut dan pinggang.
  • elak makanan pedas, bergoreng dan berlemak.
  • pastikan bahagian kepala dan bahagian atas tubuh dalam posisi sedikit lebih tinggi ketika berbaring atau tidur.
  • jangan sesekali makan sambil berbaring.
  • awasi berat badan, tubuh yang obes lebih tinggi kebarangkalian untuk kerap diserang pedih ulu hati.
  • kurangkan makan coklat atau makanan yang banyak kandungan coklat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *