Tanda Awal Wanita Mengandung

Seseorang wanita yang sedang mengandung ataupun berbadan dua lazimnya akan merasai satu atau lebih perubahan pada dirinya, sepertimana berikut:

1.    Tidak datang haid sepertimana kebiasaannya.

2.    Merasa loya dan muntah-muntah, terutamanya pada sebelah pagi.

3.    Rasa letih seluruh badan. Adakalanya rasa tidak sedap badan, suatu perasaan yang dirasakan lain daripada biasa.tanda mengandung

4.    Kerap membuang air kecil.

5.    Ada ketikanya tiba-tiba perasaan merasa runsing dan gelisah tidak menentu.

6.    Buah dada terasa sengal-sengal atau dirasakan bengkak.

7.    Mulut rasa payau dan rasa tidak enak.

8.    Hilang selera dan minat terhadap makanan/minuman yang biasanya sangat digemari.

9.    Tidak tahan atau alah kepada sesetengah bau atau wangian yang sebelum ini tidak pernah menimbulkan masalah.

10. Kerap terasa ingin ke tandas, namun biasanya rasa sukar untuk membuang air besar.

Alahan Kulit Ketika Mengandung

Perubahan hormon sepanjang tempoh mengandung menyebabkan tubuh mengalami pelbagai perubahan.

Ini membuatkan ibu-ibu hamil berhadapan dengan pelbagai masalah dan gejala berkaitan antaranya masalah kulit.

Dikongsikan di sini beberapa isu masalah kulit ketika mengandung dan tips serta panduan untuk menanganinya. Continue reading “Alahan Kulit Ketika Mengandung”

Bolehkah Ibu Menyusu Makan Panadol?

Ramai ibu bimbang untuk makan ubat ketika bayi masih menyusu badan. Biarpun tubuh berasa lemah akibat demam ada ibu yang sanggup mengelak dari menelan panadol atau paracetamol dan sebagainya.

Alasan si ibu ialah kerana bimbang ubat yang ditelan akan masuk ke dalam susu dan mendatangkan kesan seperti cirit-birit dan alahan pada bayi. Bolehkah ibu yang menyusu badan makan panadol? Continue reading “Bolehkah Ibu Menyusu Makan Panadol?”

Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung

Pemakanan untuk ibu-ibu saat mengandung adalah perkara yang paling penting untuk ditekankan. Selain untuk kesihatan ibu, ia juga penting bagi tumbesaran janin yang dikandung.

Jika sebelum ini kurang menitikberatkan jenis makanan yang diambil tetapi setelah disahkan hamil oleh doktor,  perkara utama yang perlu diberi penekanan adalah pengambilan makanan untuk diet seimbang setiap hari. Berikut disenaraikan pilihan makanan berkhasiat yang sesuai untuk menu harian ibu hamil. Continue reading “Makanan Yang Sesuai Untuk Ibu Mengandung”

Kedudukan Bayi Songsang Dalam Perut

Kedudukan bayi songsang bukanlah satu masalah besar sehingga menyebabkan seorang ibu tidak boleh bersalin. Akan tetapi, seboleh-bolehnya doktor akan berusaha memusing atau mengubah kedudukan bayi yang songsang kepada kedudukan normal demi untuk memudahkan proses kelahiran. Continue reading “Kedudukan Bayi Songsang Dalam Perut”

Mengidam Ketika Hamil

Perempuan yang sedang mengandung akan mengalami perubahan hormon yang lebih ketara dalam badannya tetapi dalam perkara mengidam terdapat perbezaan antara setiap individu.

Ada yang tidak dapat menahan keinginan yang pelik-pelik, tetapi ramai juga yang tidak berperangai seperti orang mengidam kerana mereka lebih dapat menahan diri. Continue reading “Mengidam Ketika Hamil”

Masalah Darah Nifas Berbau dan Cara Mengatasinya

Selepas bersalin dan ketika dalam tempoh pantang, para ibu akan mendapati keluarnya darah nifas dari lubang peranakan.

Darah nifas ini akan keluar sehingga tempoh 44 hari dan adakalanya ada ibu yang berhadapan masalah darah yang keluar berbau busuk dan kurang menyenangkan.

Orang-orang tua dahulu ada memperturunkan cara mengatasi atau mengurangkan masalah ini. Continue reading “Masalah Darah Nifas Berbau dan Cara Mengatasinya”

Sembelit Ketika Hamil

Kesukaran membuang air besar adalah gejala yang biasa dialami ibu hamil terutamanya pada trimester pertama atau tiga bulan pertama kehamilan. Implikasi sembelit yang dialami menyebabkan sesetengah wanita hamil hanya dapat membuang air besar sekali dalam tempoh tiga hari atau mungkin juga hanya sekali seminggu. Continue reading “Sembelit Ketika Hamil”