Mengidam Waktu Hamil dan Keinginan Pelik Ibu Mengandung

mengidam ketika mengandung

Tidak semua wanita mengidam semasa hamil. Sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya punca mengidam kerana pelbagai keinginan pelik dan aneka ragam setiap individu.

Naluri mengidam ini lebih ketara dan kebanyakannya tertumpu kepada makanan.

Perubahan hormon lazimnya turut mempengaruhi selera wanita yang sedang hamil. Justeru, dia terasa sangat teringin untuk  makan sesuatu walhal sebelum ini tidak gemar atau pernah menyentuh makanan tersebut.

Ada yang mengidam makanan benda yang masam-masam seperti mangga muda, limau dan sebagainya.

Ada juga yang mengidam rojak, coklat, kepala ikan dan sebagainya.

Namun ada juga terdapat kes mengidam yang melampaui kebiasaan seperti ingin menghidu minyak kereta, mengunyah puntung rokok, minum minyak angin dan lain-lain perkara yang dianggap pelik.

mengidam ketika mengandung

Gejala-gejala mengidam ini telah ada semenjak zaman dahulu dan terjadi pada setiap golongan masyarakat.

Pada peringkat awal mengandung, ari-ari banyak menghasilkan hormon yang dapat mengganggu keseimbangan tubuh. Perkara ini dapat menimbulkan pelbagai reaksi dalam diri wanita tersebut. Mungkin akan menjadi kurang seimbang, sehingga boleh bertengkar hanya disebabkan perkara-perkara kecil.

Jika wanita yang sedang hamil itu ingin makan sesuatu yang menurutnya enak, maka itu bukanlah mengidam namanya.

Tetapi jika ia benar-benar menginginkan sesuatu yang tidak lazim ia makan dan kadangkala tidak kita punyai, bahkan keinginannya itu hampir-hampir tidak dapat dibendung, maka ia boleh dikatakan mengidam.

Kadangkala seorang wanita tidak suka dengan mangga muda, tiba-tiba dia terbangun di tengah malam, kerana ia benar-benar ingin memakan buah tersebut di waktu itu juga.

Banyak lagi kejadian-kejadian yang pelik yang dilakukan oleh wanita yang sedang hamil ini kerana mereka mengidam sesuatu. Namun begitu gejala mengidam ini adalah biasa, perkara ini biasanya dapat difahami oleh orang lain.

Tidak mengapa, ikutkan saja apa selera yang diinginkan oleh sesiapa yang mengidam semasa hamil asalkan makanan itu selamat untuk kesihatan ibu dan bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *