Masalah Darah Nifas Berbau dan Cara Mengatasinya

temulawak lepas bersalin

Selepas bersalin dan ketika dalam tempoh pantang, para ibu akan mendapati keluarnya darah nifas dari lubang peranakan.

Darah nifas ini akan keluar sehingga tempoh 44 hari dan adakalanya ada ibu yang berhadapan masalah darah yang keluar berbau busuk dan kurang menyenangkan.

Orang-orang tua dahulu ada memperturunkan cara mengatasi atau mengurangkan masalah ini.

Petuanya ialah dengan menyediakan temulawak bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari. Kupas temulawak tersebut dan cuci dengan bersih.

temulawak lepas bersalin

Selepas itu hiris nipis-nipis dan masukkan ke dalam bekas atau gelas serta campurkan asam jawa bersaiz sebesar guli kecil dan dua sudu gulu. Tuangkan air yang mendidih dan kacau. Biarkan agar ia sejuk dengan sendiri dan kemudian bolehlah diminum.

Amalkan minum air ramuan khas tersebut dua kali dalam seminggu, sehinggalah darah nifas kering.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *