Kaki Bengkak Ketika Mengandung

kaki bengkak semasa hamil

Kebanyakan ibu mengandung sering mengalami kaki bengkak semasa hamil ekoran beban pada tubuh yang bertambah.

Lazimnya, semasa tempoh kehamilan seseorang wanita akan mendapati berat badannya bertambah antara 10-15 kg sekaligus memberi kesan terhadap keseluruhan sistem tubuhnya.

Bebanan yang bertambah seiring dengan perkembangan janin di dalam perut akan memberi tekanan pada tubuh terutamanya bahagian pinggang dan kaki.

Justeru, dikongsikan di sini beberapa tips bagi mengatasi masalah bengkak kaki ketika hamil sebagai panduan untuk para ibu.

Tips Atasi Kaki Bengkak Semasa Mengandung

1.   Ketika berbaring, letakkan kedua-dua belah kaki di atas bantal. Teknik ini bertujuan untuk mengurangkan kaki bengkak semasa mengandung tekanan pada pembuluh darah dan disarankan untuk mengubah-ubah posisi ketika berbaring selepas beberapa ketika supaya perjalanan darah lebih lancar.

kaki bengkak semasa hamil

2.   Disarankan supaya ibu hamil, terutama pada trimester awal, supaya banyak bergerak agar kitaran darah berjalan lebih lancar dan elakkan duduk untuk tempoh yang terlalu lama.

3.   Elakkan pemakaian kasut tumit tinggi. Semasa berjalan-jalan, sebaiknya pakailah kasut yang lembut dan tidak bertumit.

4.   Luangkan beberapa minit untuk berehat ketika melakukan sebarang aktiviti bagi melancarkan peredaran darah.

5.   Amalkan pengambilan makanan sihat untuk ibu dan bayi. Elakkan mengambil garam secara berlebihan yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah tinggi dan kaki membengkak.

Bagi mendapatkan rehat yang secukupnya untuk kaki, urutlah kaki dengan menggunakan losyen bayi pada sebelah pagi dan ketika malam sebelum tidur.

Mengurut kaki dengan perlahan-lahan boleh membantu mencegah kaki membengkak dan pada masa yang sama mengekalkan kecantikan kaki para ibu sepanjang tempoh mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *