Gemuk Selepas Bersalin

gemuk selepas bersalin

Menurut kajian ada 2 SEBAB UTAMA mengapa ramai wanita mengalami masalah berat badan berlebihan setelah melahirkan anak.

Dua sebab gemuk selepas bersalin yang dikenalpasti ialah:

1. Sebelum hamil berat badan sememangnya sudah mula naik berlebihan.

2. Ketika hamil, kenaikan berat badan melebihi daripada apa yang ditetapkan.

Jadi sekiranya anda gemuk dan berhasrat untuk hamil, maka disarankan supaya anda berdiet terlebih dahulu. Kemudian sewaktu kehamilan, sebaiknya anda menjaga agar kenaikan berat badan tidak terlalu berlebihan.

Secara umumnya, setelah melahirkan anak berat badan akan naik antara 5 hingga 10 kilogram daripada berat sebelum mengandung. Tapi biasanya ia akan dapat diturunkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan.

gemuk selepas bersalin

Satu langkah yang terbukti membantu dalam usaha menurunkan berat badan ialah dengan menyusukan bayi kerana selain baik untuk pertumbuhan bayi, proses menyusu mampu turut membakar timbunan lemak dan menukarkannya menjadi tenaga untuk keperluan tubuh ibu.

Selepas bayi berusia empat hingga enam bulan, anda bolehlah memulakan usaha menurunkan berat badan dengan diet yang sesuai dan selamat menurut saranan doktor. Sebaiknya lakukan secara berperingkat-peringkat dan jangan terburu-buru kerana mengharapkan keputusan yang pantas yang akhirnya mungkin menjejaskan kesihatan diri.

Selain itu, selepas melahirkan anak cubalah usahakan agar jarak antara kelahiran anak yang baru lahir dengan kehamilan yang berikutnya tidak terlalu rapat untuk mencegah kegemukan. Anda mungkin tidak sempat untuk menguruskan badan dan tiba-tiba hamil lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *