8 Fungsi Ujian Ultra Bunyi Pemeriksaan Ibu Hamil

ujian ultrasound

Bagi ibu yang sedang hamil, pemeriksaan atau ujian ultrasound adalah dinantikan kerana apabila imbasan (scanning) dilakukan maka ibu akan dapat melihat baby dalam perutnya dan bolehlah ibu ketahui perkembangan bayi yang sedang dikandungnya.

Ibu (dan juga bapa) mungkin beranggapan bahawa ujian ultrabunyi penting semata-mata untuk mengenalpasti jantina bayi. Namun, tujuan pemeriksaan ultra-bunyi sebenarnya adalah untuk mengenalpasti beberapa perkara lain sepertimana berikut.

Untuk memastikan kehamilan

Dengan ujian ultrasound, kehamilan disahkan dengan lebih yakin dan kehamilan boleh dikesan lebih awal antara minggu ke-4 dan ke-5. Pada tempoh tersebut, embrio atau janin sudah kelihatan. Malahan ia juga berguna untuk mengesan sebarang kedudukan tidak normal janin.

Pendarahan vagina

Melalui imbasan ultrasound, denyutan nadi dapat dikesan dan dilihat pada minggu ke-6. Walau bagaimanapun, sekiranya si ibu mengalami sebarang pendarahan, punca dan rawatan dapat segera dikenal pasti dan 95 peratus kebarangkalian untuk kehamilan diteruskan. Ia juga bagi mengesan sebarang keguguran dan kecacatan pada janin selain mengesan kelainan lain contohnya hamil luar rahim atau hamil kembar.

Untuk menentukan usia dan saiz janin

Pemeriksaan ultrasound juga membolehkan ukur lilit badan janin diketahui bagi menjejak perkembangan pertumbuhannya. Selain itu, ia juga boleh menentukan berapakah usia  kehamilan anda terutama bagi yang tidak pasti tarikh terakhir haid mereka.

Mengesan sebarang ketidaknormalan

Sebarang kelainan atau pertumbuhan yang tidak normal juga kemungkinan boleh dikesan sejak awal lagi melalui imbasan ultrasound yang dilakukan. Justeru, ia membantu untuk mengenalpasti masalah dan seterusnya mendapatkan rawatan atau penjagaan yang sesuai dengan keadaan kandungan anda.

Melihat kedudukan uri

Dengan ujian ultrasound, kedudukan uri atau plasenta boleh ditentukan. Ini penting kerana jika kedudukan uri tidak normal, ia boleh membahayakan kehamilan anda.

Hamil kembar

Kehamilan kembar juga boleh diketahui melalui pemeriksaan ultrasound. Dengan itu, lebih mudah untuk memantau perkembangan janin dan sebarang penjagaan tambahan (extra care) yang diperlukan.

Paras air ketuban

Paras air ketuban juga boleh dipastikan melalui ujian ini. Sama ada air ketuban lebih atau kurang dari paras normal, kedua-duanya mempunyai risiko terhadap kehamilan anda.

Ketidaknormalan pada rahim

Tujuan lain pemeriksaan ultrasound adalah untuk mengesan keadaan seperti kematian dalam rahim, kedudukan janin yang boleh menimbulkan masalah, pergerakan janin dan juga mengesan sebarang ketidaknormalan pada rahim dan pelvik sepanjang tempoh kehamilan.

ujian ultrasound

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *