Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Kebanyakan ibu mengandung sering mengalami kaki bengkak semasa hamil ekoran beban pada tubuh yang bertambah.

Lazimnya, semasa tempoh kehamilan seseorang wanita akan mendapati berat badannya bertambah antara 10-15 kg sekaligus memberi kesan terhadap keseluruhan sistem tubuhnya.

Bebanan yang bertambah seiring dengan perkembangan janin di dalam perut akan memberi tekanan pada tubuh terutamanya bahagian pinggang dan kaki. Continue reading “Kaki Bengkak Ketika Mengandung”

Urat Timbul Semasa Mengandung

Ada pendapat menyatakan masalah urat kaki timbul dan makin jelas kelihatan ketika hamil ini disebabkan faktor keturunan.

Sebahagian pendapat lain pula menyangkalnya kerana dipercayai hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan sedemikian.

Tidak kiralah mana satu pendapat yang benar, yang pastinya urat-urat kaki yang timbul itu lazimnya akan lebih ketara bilamana perut ibu kelihatan makin membesar. Continue reading “Urat Timbul Semasa Mengandung”

Mengidam Waktu Hamil dan Keinginan Pelik Ibu Mengandung

Tidak semua wanita mengidam semasa hamil. Sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya punca mengidam kerana pelbagai keinginan pelik dan aneka ragam setiap individu.

Naluri mengidam ini lebih ketara dan kebanyakannya tertumpu kepada makanan. Continue reading “Mengidam Waktu Hamil dan Keinginan Pelik Ibu Mengandung”

Alahan Kulit Ketika Mengandung

Perubahan hormon sepanjang tempoh mengandung menyebabkan tubuh mengalami pelbagai perubahan.

Ini membuatkan ibu-ibu hamil berhadapan dengan pelbagai masalah dan gejala berkaitan antaranya masalah kulit.

Dikongsikan di sini beberapa isu masalah kulit ketika mengandung dan tips serta panduan untuk menanganinya. Continue reading “Alahan Kulit Ketika Mengandung”

Kedudukan Bayi Songsang Dalam Perut

Kedudukan bayi songsang bukanlah satu masalah besar sehingga menyebabkan seorang ibu tidak boleh bersalin. Akan tetapi, seboleh-bolehnya doktor akan berusaha memusing atau mengubah kedudukan bayi yang songsang kepada kedudukan normal demi untuk memudahkan proses kelahiran. Continue reading “Kedudukan Bayi Songsang Dalam Perut”

Mengidam Ketika Hamil

Perempuan yang sedang mengandung akan mengalami perubahan hormon yang lebih ketara dalam badannya tetapi dalam perkara mengidam terdapat perbezaan antara setiap individu.

Ada yang tidak dapat menahan keinginan yang pelik-pelik, tetapi ramai juga yang tidak berperangai seperti orang mengidam kerana mereka lebih dapat menahan diri. Continue reading “Mengidam Ketika Hamil”

Alahan Semasa Mengandung

Alahan ketika mengandung atau morning sickness adalah perkara yang lumrah bagi kebanyakan ibu mengandung dalam fasa trimester pertama kehamilan. Gejala-gejala alahan yang biasa dialami termasuklah rasa mual, loya, pening dan muntah-muntah.

Sebagai panduan, dikongsikan di sini beberapa tips yang dapat membantu mengatasi masalah alahan ketika mengandung buat pedoman terutama bagi ibu-ibu yang baru pertama kali hamil. Continue reading “Alahan Semasa Mengandung”