Bolehkah Ibu Menyusu Makan Panadol?

makan ubat ketika menyusu

Ramai ibu bimbang untuk makan ubat ketika bayi masih menyusu badan. Biarpun tubuh berasa lemah akibat demam ada ibu yang sanggup mengelak dari menelan panadol atau paracetamol dan sebagainya.

Alasan si ibu ialah kerana bimbang ubat yang ditelan akan masuk ke dalam susu dan mendatangkan kesan seperti cirit-birit dan alahan pada bayi. Bolehkah ibu yang menyusu badan makan panadol?

Hakikatnya terdapat beberapa faktor iaitu ubat yang berkenaan, ibu dan bayi sendiri yang turut mempengaruhi kesan yang mungkin timbul.

Berikutan itu, dikongsikan di sini beberapa panduan mengambil ubat untuk renungan para ibu yang sedang menyusu.

1.   Apa pun ubat yang hendak dimakan, MESTILAH atas nasihat doktor.

2.   Minum atau makan ubat hanya jika benar-benar perlu, dengan dos serendah dan sesingkat mungkin.

3.   Pilih ubat yang paling minima risikonya untuk diserap ke dalam air susu badan. Jadual pemakanan ubat adalah SELEPAS BAYI DISUSUKAN.

4.   Jika perlu, perah dahulu susu ibu sebelum makan ubat.

5.   Perhatikan gejala yang muncul pada bayi anda sekiranya anda ada mengambil ubat dan setelah beberapa jam kemudian menyusukan bayi anda. Misalnya kemungkinan timbul ruam, muntah, cirit-birit, gelisah atau berlaku sebarang perubahan pada pola tidur dan waktu penyusuan atau pemakanannya. Jika berlaku perubahan segeralah dapatkan konsultasi doktor dengan menunjukkan sekali jenis ubat yang telah anda ambil.

makan ubat ketika menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *