Alahan Kulit Ketika Mengandung

masalah kulit ketika mengandung

Perubahan hormon sepanjang tempoh mengandung menyebabkan tubuh mengalami pelbagai perubahan.

Ini membuatkan ibu-ibu hamil berhadapan dengan pelbagai masalah dan gejala berkaitan antaranya masalah kulit.

Dikongsikan di sini beberapa isu masalah kulit ketika mengandung dan tips serta panduan untuk menanganinya.

Kulit kering dan gatal
Masalah ini berpunca daripada keadaan kulit yang meregang seiring dengan kandungan yang semakin membesar. Jika terasa gatal, elakkan menggaru dengan kuku, sebaliknya usapalah dengan kain lembut atau gunakan belakang tangan, hingga hilang rasa gatal. Bagi mengekalkan kelembapan kulit, amalkan menyapu minyak bayi pada bahagian-bahagian
masalah kulit ketika mengandungyang mudah menjadi kering.

Wajah berminyak
Ada wanita ketika mengandung tiba-tiba mengalami masalah kulit berminyak menyebabkan wajahnya dipenuhi jerawat. Untuk mengelakkan masalah jerawat semakin menjadi-jadi, pastikan untuk mencuci wajah secara kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan pembersih muka yang tidak mengandungi sebarang bahan pewangi atau alkohol.

Pigmentasi
Ramai wanita mengalami masalah ini ketika mengandung dan lazimnya ia akan hilang setelah bersalin. Bagi mengurangkan kesannya, cuba gunakan krim pelindung ultraviolet terutama jika kerap berada di luar rumah atau bangunan walaupun dalam tempoh yang singkat.

Rekahan
Inilah masalah yang paling merisaukan wanita mengandung kerana kesan rekahan ini tidak mudah hilang biarpun beberapa bulan selepas melahirkan anak. Kawasan yang biasa berlaku rekahan adalah di bahagian payudara, perut, peha dan pinggul. Rajinlah melakukan urutan menggunakan minyak atau pelembap yang sesuai di kawasan tersebut bagi membantu mengurangkan kesan rekahan yang dialami.

Urat simpul
Timbulnya urat-urat halus di permukaan berlaku kerana tekanan yang berat pada urat darah akibat bebanan kandungan yang dibawa. Bagi mengatasinya, cuba elakkan berjalan atau berdiri secara berterusan untuk tempoh waktu yang lama. Semasa duduk, disarankan juga agar memastikan kaki tidak berada dalam keadaan tergantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *