Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Kebanyakan ibu mengandung sering mengalami kaki bengkak semasa hamil ekoran beban pada tubuh yang bertambah.

Lazimnya, semasa tempoh kehamilan seseorang wanita akan mendapati berat badannya bertambah antara 10-15 kg sekaligus memberi kesan terhadap keseluruhan sistem tubuhnya.

Bebanan yang bertambah seiring dengan perkembangan janin di dalam perut akan memberi tekanan pada tubuh terutamanya bahagian pinggang dan kaki. Continue reading “Kaki Bengkak Ketika Mengandung”

Urat Timbul Semasa Mengandung

Ada pendapat menyatakan masalah urat kaki timbul dan makin jelas kelihatan ketika hamil ini disebabkan faktor keturunan.

Sebahagian pendapat lain pula menyangkalnya kerana dipercayai hampir semua wanita hamil akan mengalami perubahan sedemikian.

Tidak kiralah mana satu pendapat yang benar, yang pastinya urat-urat kaki yang timbul itu lazimnya akan lebih ketara bilamana perut ibu kelihatan makin membesar. Continue reading “Urat Timbul Semasa Mengandung”

Ciri Keputihan Semasa Mengandung

Sepanjang kehamilan tubuh wanita akan mengalami banyak perubahan. Salah satu perubahan yang ketara adalah pengeluaran lendir dari vagina.

Jumlah lendir yang keluar tempoh ini meningkat daripada biasa disebabkan pengaruh hormon yang dihasilkan ketika mengandung misalnya hormon estrogen. Continue reading “Ciri Keputihan Semasa Mengandung”

Mengidam Waktu Hamil dan Keinginan Pelik Ibu Mengandung

Tidak semua wanita mengidam semasa hamil. Sukar untuk menjelaskan apa sebenarnya punca mengidam kerana pelbagai keinginan pelik dan aneka ragam setiap individu.

Naluri mengidam ini lebih ketara dan kebanyakannya tertumpu kepada makanan. Continue reading “Mengidam Waktu Hamil dan Keinginan Pelik Ibu Mengandung”

Pemeriksaan Rutin Ketika Mengandung

Setelah doktor mengesahkan anda hamil, setiap ibu mengandung akan mula menjalani rutin pemeriksaan kehamilan atau pemeriksaan antenatal.

Pemeriksaan antenatal adalah penting sepanjang tempoh kehamilan demi memastikan tahap kesihatan ibu dalam keadaan baik.

Bagi para ibu yang pertama kali hamil dan juga ibu dan bapa yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pemeriksaan rutin ketika mengandung yang dijalankan, di sini dikongsikan beberapa ujian rutin yang perlu dijalani. Continue reading “Pemeriksaan Rutin Ketika Mengandung”

Tanda Bersalin Semakin Hampir

Kadangkala tanpa disedari, tanda sakit yang datang mungkin hanya tanda kelahiran palsu. Contohnya apabila merasakan kontraksi pada rahim, perut yang terasa kejang (crammed) dan memulas sedangkan kesakitan itu lemah dan kekerapan rasa sakit juga tidak teratur.

Sebaik-baiknya, jika tidak keberatan, pergi sahaja ke hospital sekiranya berasa sebarang tanda hendak bersalin. Namun, jika perkara yang sama (tanda kelahiran plasu) kerap berulang maka elok untuk anda kenali ciri-ciri tanda kelahiran palsu ini.

Semakin hampir waktu bersalin, lazimnya semakin mudah atau kerap berlakunya tanda-tanda sedemikian. Kebiasaannya ia akan dialami pada bulan terakhir (bulan ke-9) kehamilan dan boleh dialami beberapa kali.

tanda kelahiran palsu

Ciri-ciri tanda palsu kelahiran adalah seperti berikut:-

  • Kekerapan rasa sakit, tetapi dalam tempoh waktu yang tidak teratur.
  • Kontraksi yang pendek dan lemah. Adakalanya apabila anda berjalan atau duduk, ia akan segera hilang.
  • Semakin lama, rasa sakit akan berkurangan, malah akhirnya tidak lagi terasa.
  • Kesakitan tidak berpengaruh pada pembukaan mulut rahim.
  • Tidak menyebabkan rasa ngilu atau sakit pada bahagian bawah perut dan sekitar pangkal paha.

Disarankan, apabila berlakunya kontraksi, catatkan kekerapan kesakitan tersebut agar mudah untuk anda kenali sama ada ia sekadar tanda palsu atau tanda kelahiran yang sebenar.

8 Fungsi Ujian Ultra Bunyi Pemeriksaan Ibu Hamil

Bagi ibu yang sedang hamil, pemeriksaan atau ujian ultrasound adalah dinantikan kerana apabila imbasan (scanning) dilakukan maka ibu akan dapat melihat baby dalam perutnya dan bolehlah ibu ketahui perkembangan bayi yang sedang dikandungnya.

Ibu (dan juga bapa) mungkin beranggapan bahawa ujian ultrabunyi penting semata-mata untuk mengenalpasti jantina bayi. Namun, tujuan pemeriksaan ultra-bunyi sebenarnya adalah untuk mengenalpasti beberapa perkara lain sepertimana berikut. Continue reading “8 Fungsi Ujian Ultra Bunyi Pemeriksaan Ibu Hamil”